Pengetua





Sekapur Sirih Dari Pengetua


Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kini  Sekolah Kebangsaan Kemahang Tanah Merah Kelantan telah melangkah setapak lagi ke era teknologi maklumat dengan terbinanya laman blog ini.
Salah satu hasrat ialah memberi cabaran kepada kita semua untuk menerokai pelbagai teknologi yang sedia ada dengan memperkenalkan Portal Blog SMK Kemahang . Dengan terbinanya laman blog ini, sedikit sebanyak kita telah berjaya merealisasikan hasrat tersebut. Saya amat berharap dengan adanya laman blog ini akan memudahkan kita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang khususnya daripada murid asrama. Saya juga berharap kepada semua guru dan staf yang terlibat agar dapat memanfaatkan kemudahan ini semaksimum yang mungkin.
Sesungguhnya Laman Web ini hanya akan berperanan dan menjadi lebih interaktif sekiranya semua yang bertanggungjawab akan terus dan sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa.
Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga pendidikan dapat menyahut cabaran mendatang dengan semangat yang kuat dan kesungguhan untuk menjana kecemerlangan bagi memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia. Semoga kecemerlangan itu menjadi milik kita bersama.
Sekian, terima kasih.

“KEMAHANG GEMILANG, SOKMO TERBILANG”

Tn.Hj Abd Manaf B Yaacob
Pengetua SMK Kemahang